2012年4月27日星期五

428 静坐抗议者须知

 

以下资讯包括:集会必备品(assembly survivor kits)/如何面对滋事者及执法人员等,请务必读完! 



Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, KualaLumpur dan lain-lain.


BERSIH 3.0 静坐抗议 BERSIH 3.0 DUDUKBANTAH

BERIH 3.0 目的 TuntutanBersih 3.0 :
1.   BERSIH kan Senarai Undi (DaftarPemilih)
2.   Reformasikan Undi Pos
3.   Gunakan Dakwat Kekal
4.   Akses Media Yang Bebas & Adil
5.   Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6.   Kukuhkan Institusi Awam
7.   Hentikan Rasuah
8.   Hentikan Politik Kotor

BERSIH 3.0委员会JawatankuasaPemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan.  Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akanmuncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandanganmereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untukmereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkanperhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkandapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunanini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

CONTACT
Setiausaha Bersih3.0
H/P: 016 9670921;
Email: media@bersih.org

你需要携带/准备的东西*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1.            Kad pengenalan, lesen memandu, satukad ATM sahaja.
2.            Duit-maksimum RM100 sahaja.
3.            Memakai pakaian yang sopan-T-shirt/baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4.            Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5.            Aksesori Kempen-Button, kopiah, armband, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6.            Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7.            Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8.            Sedikit garam -ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu di muka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jikaPihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata + ubat gigi (sapu di muka)
9.            Kain tuala kecil basah untuk tutupmata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10.         Digalakkan memakai penutup mulut danhidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untukmengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gaspemedih mata yang melampau.
11.         Jika anda mempunyai asma atau alahansila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12.         Sila bawa beg plastik sampah kecilbagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13.         Sila bawa pen dan kertas (mini notepad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yangmencurigakan.
14.         Jangan lupa bawa kamera, video camatau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atauklip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di emailSetiausaha Bersih 3.0.

注意:不被允许的事项*Perkara yang tidak dibenarkan*
1.            Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2.            Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3.            Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4.            Jangan memakai kain atau skirt,digalakkan memakai seluar.
5.            Jangan memakai barang kemas atauaksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6.            Jangan bawasebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7.            Sebarang slogan yang tiada kaitandengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8.            Jangan bawa sebarang benda tajamkecuali pen.
9.            Jangan bawa bahan-bahan yang bolehmeletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10.         Tidak dibenarkan merokok semasaperhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11.         Jangan bawa sebarang senjata sepertikayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12.         Bagi yang membawa anak-anak, andatidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol,senapang atau pisau mainan.
13.         Jangan bawa anak-anak yang berumur10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

集会前的准备工作*Perkara yang perlu anda lakukansebelum perhimpunan*

1.            Servis kenderaan dan periksaperalatan yang perlu dibawa.
2.            Jangan makan atau minum terlalubanyak sebelum perhimpunan.
3.            Pastikan anda telah mengunci rumahatau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yangtidak pergi perhimpunan.
4.            Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5.            Maklumkan mereka nombor telefon sahabatlain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
6.            Jangan lupa *charge*bateri handphonedan kamera.
7.            Pastikan anda tahu arah tuju andaiaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
8.            Pastikan anda datang awal untukelakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tikettren LRT atau Komuter.
9.            Datang secara berkumpulan, janganbersendirian.
10.         Sekiranya perjalanan anda dihalangdari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki keDataran Merdeka
11.         Jangan memakai baju Bersih 3.0sebelum perhimpunan bermula.



集会时该如何*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1.            Berkumpul di tempat pertemuan yangditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yangdilantik
2.            Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpamerujuk kepada *Field Commander*
3.            Jangan berganjak dari tempatperhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4.            Laporkan pada Unit Amal bertugasjika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5.            Jangan tolak menolak sepanjangperhimpunan dan perarakan.
6.            Elakkan mencerca, memaki hamun ataumenunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7.            Raikan perhimpunan ini dengan amandan harmoni.
8.            Pastikan anda memberikan keutamaanlaluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hatidijalanraya.
9.            Pastikan anda memberikan keutamaan,membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yanghadir bersama.
10.         Maklumkan sahabat anda jika andaingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ketandas bagi mengelakan masalah lain.
11.         Pastikan anda tidak bersembangsemasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelamdengan suara ratusan ribu peserta.
12.         Ikutilah laungan pimpinan jikaperlu.
13.         Pegang bendera Malaysia atau negerianda sepanjang perarakan.
14.         Jangan buang sampah merata-ratasepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15.         Rakamkan suasana himpunan -gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan diemail / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16.         Kalau boleh rakamkan sekaliwajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasanatau provokasi Polis jika ada.

集会完毕该如何*Selepas perhimpunan*
1.   Pastikan anda bersurai secaraperlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2.   Pastikan sahabat atau saudara dananak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepadaSetiausaha Bersih 3.0.
3.   Jika ada sahabat atau saudara andaditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4.   Jangan tinggalkan apa-apa sampahditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawabalik dan dibuang dirumah.
5.   Berikan ucapan terima kasih kepadapasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6.   Jangan lupa sebarkan gambar danberita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di emailSetiausaha Bersih 3.0.

如果受到反BERSIH 3.0者的挑衅你应该做的事*Apa anda perlu buat jika kumpulanAnti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1.   Jangan pedulikan mereka, diam danteruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2.   Jangan menyahut provokasi mereka,jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggapmereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3.   Jangan hampiri mereka.
4.   Jika mereka bertindak agreasifsecara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5.   Jangan lupa buat laporan Polisterhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6.   Buat rakaman wajah-wajah mereka jikaperlu.

如果警方挑衅和袭击,你应该做的事*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
1.   Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2.   Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3.   Duduk jika pimpinan arahkan.
4.   Basahkan tuala anda dengan sedikitair, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda denganair dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5.   Jangan melawan atau cuba bertikamlidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6.   Ambil gambar mereka jika sempat.
7.   Buat laporan Polis jika andadikasari.

如果被逮捕, 你需要做的事*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1.   PengenaIan Anda
2.   Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3.   Seandainya ditanya soalan-soalan lain:  Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

Bilakah anda ditahan
4.   Anda ditahan apabila anggota polis itu •menjawab "ya" pada soalan di atas
•beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin  membawa anda ke balai polis apabila anda digari

5.   Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

Bilakah anda tidak boleh ditahan
6.   Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepasdibebaskan*
1.   Pastikan semua barang-barang andadikembalikan oleh Polis.
2.   Buat pemeriksaan kesihatan jika adakecederaan.
3.   Buat laporan Polis jika andadikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4.   Ceritakan  dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5.   Jangan lupa catatkan semua yang andaingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa keMahkamah kelak.
6.   Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7.   Serahkan pada peguam segala maklumatdan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8.   Jangan lupa solat sunnat syukurselepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9.   Jangan menyepi dari perjuanganselepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersamasahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebihhebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluangmerasai apa yang anda lalui ketika ditahan.


*Perhatian!*
1.   Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.   Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.   Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.   Pihak kami tidak akanbertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhanatau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharapPerhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atautangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikitusaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPRdan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Perhimpunan Bersih berjayapada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikankorupsi.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarahyang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

来源:

Nalini Elumalai
Executive Director of SUARAM
Tel: 03 77843525
Email: detention@suaram.net/enalini_elumalai@yahoo.com
Twitter: nalinielumalai
Facebook: Nalini Elumalai

  赤道论坛/时事述评类