2016年1月23日星期六

雪隆草根护华联合会呈交教育部备忘录




雪隆草根护华联合会呈交教育部备忘录

—— 对当今华教问题的看法与建议

2016-01-22

  概况

    马来西亚是一个多元民族、多元文化、多种语文、多种源流学校及多种宗教信仰的国家。

    早在1957年独立建国前,本国已拥有采用不同语文为主要教学媒介语的各种源流学校,例如英文学校、马来文学校、华文学校和淡米尔文学校,等等。这些多元社会的多元教育源流特色是我们国家独特的地方,也是国家的宝贵资产和优势,造福国家和各族人民。

    可惜的是,政府没有真正把握我国多元化的教育优势,反而全力实施单元主义教育政策,长期贯彻《1956年拉萨报告书》第12条文所阐明的教育政策“最终目标”,实现单一源流学校制度,即全面实现以国语(马来语)为主要教学媒介语的国民学校(马来文学校)体系。至于非国语或非马来语源流的学校,例如华文学校、淡米尔文学校则长期遭到边缘化,甚至面对变质和消失的危机。

    当局把绝大部分教育资源分配给国民学校(马来文学校)的国小和国中,致力于发展国小和国中。华小、淡小、教会学校、人民宗教学校和改制中学长期面对的师资不足、拨款不公、学校短缺及校地不足(不获分配学校保留地)、学校董事会权力遭蚕食等问题,至今仍没有获得解决。此外,当局仍不承认华文独立中学统一考试文凭,没有制度化每年拨款给华文独中。当局近年批准设立许多盈利导向的私立学校和国际学校,却不批准、增建非营利性质的华文独中,反而限制华文独中的数量,不得超过60所的现状。

  华文教育体系

    华文教育在此地扎根和发展已近200年,肩负传承中华文化的民族教育使命,为国家栽培人才,为全马社会繁荣作出贡献。

    长期以来,华人社会大力维护与发展华文教育,争取平等地位和公平合理权益,坚决反对不利于华文教育生存与发展的法令、政策、教育报告书、教育蓝图和行政措施等。华社通过广大群众力量及自力更生的奋斗精神,努力建设一个从小学、中学至大专院校的华文母语教育以及多元教育体系,为国家提供百花齐放的多元教育体系作出贡献。

    华文中小学以华语为主要教学媒介语和行政用语,兼修马来西亚语(即国语/马来语)和英语科。华社民办高等学府则按各个课程情况,采用个别媒介语,如华语,或华英双语,或马来西亚语进行教学。

    客观事实说明,华文教育体系是我国最具多元色彩、最能反映国情的教育体系之一。

  《教育大蓝图》等对母语教育的挑战与危机

    让我们就当局大力推行的《2013-2025年教育大蓝图》等不利于母语教育生存和发展的内容,简述如下 ——

    2001年至2013年,马来西亚教育部相续推出三个教育大蓝图,即《20012010年教育大蓝图》、《20062010年首要教育大蓝图》、《20132025年教育大蓝图》(简称《教育大蓝图》)。这些教育大蓝图的核心政策,旨在贯彻《1956年拉萨报告书》的“最终目标”,建立“民族国家”(Nation State),实现“一个国家、一个民族、一种文化、一种语文、一种源流学校”。

    20012010年教育大蓝图》第1.04章节指出,教育政策时时都强调“国民团结”,因此必须有:(1)统一的国家教育制度;(2)以马来语为主要教学媒介语;(3)以马来文化为主的国家教育课程和所有学校采用的统一课程;(4)所有学校都采用同样的考试制度。它指出这是《1956年拉萨报告书》的要求,也重提《1960年拉曼达立报告书》和《1961年教育法令》要建立一个以马来语为主要教学媒介的教育制度。

    20062010年首要教育大蓝图》强调建立“民族国家”,巩固国语地位,确保国语作为国家教育制度的主要教学媒介语,注重伊斯兰宗教文明,国小和国中成为所有族群的首选学校,同时继续推行“宏愿学校计划”。为此,该蓝图第4.124.16章节规定建立一个以国语(马来语)为主要教学媒介的教育制度;第4.26章节阐明在幼儿园、小学和中学阶段,建立一个以国语(马来语)为教学媒介语的教育制度,把课程、课外活动、考试和文凭划一,而本国其他族群语文只列为中小学的选修科目。如此一来,华小和淡小等母语教育源流学校则面对变质和消失的危机,华印裔等民族的母语只可在以马来语为主要教学媒介的幼儿园、国小和国中,当作一科语文课来学习;华语、淡米尔语丧失作为学校教学媒介语的地位。

    2011716日,在宣布检讨国家教育制度和制订教育大蓝图时,前副首相兼教育部长慕尤丁曾表明关注国家教育制度,是否已经全面执行和实现《1956年拉萨报告书》的政策与目标。201396日,慕尤丁在推介《20132025年教育大蓝图》定稿时表明,该大蓝图是捍卫和执行《1996年教育法令》所规定的教育政策,即贯彻单元主义教育政策。

    20132025年教育大蓝图》在第一章也表明它是根据以前的教育报告书和政策,来制订此《教育大蓝图》(第1章第4页),并指出《1956年拉萨报告书》所规定的政策,即单元主义教育政策,是制订国家教育制度的基础。

    过去,当局通过《1961年教育法令》和《1996年教育法令》,用35年在英文中小学、教会学校和改制中学(前华文中学),逐步实现了《1956年拉萨报告书》的“最终目标”,把这些学校的教学媒介语改为马来语,成为国民小学和国民中学。现在,当局企图通过《20132025年教育大蓝图》,用13年时间在幼儿园学前教育、华文小学和淡米尔文小学,有步骤和计划地加速实现单一源流学校制度“最终目标”,到时的幼儿园学前教育、华文小学和淡米尔文小学等母语教育势将名存实亡。

    有鉴于《教育大蓝图》不利于华小、华文独中及国民型中学的生存与发展,使华教面临存亡危机,而且大蓝图仍然强调发展国小和国中为全民首选学校的政策,剥夺了其他源流学校应该享有的权益。因此,我们认为政府应该重新审议《20132025年教育发展大蓝图》,提出一项符合国情,实际可行的教育发展的路线图。

  我们的看法和建议 

    在《20132025年教育发展大蓝图》在背景下,今年开学伊始,教育部即通令华小增加非母语(国语)授课的时间,第一阶段(一、二、三年级)从270分钟变成300分钟或更多;第二阶段(四、五、六年级)从240分钟变成300分钟或更多,导致学生、家长议论纷纷。由于事关迫切,因此,我们有需及时对此提出我们的看法和建议。

众所周知,华小是教导母语最重要的基础教育场所,因此,华语是华小的第一语言,“加强母语”学习是第一要务。我们并不反对当局提出的“巩固国语,提高英语”的口号,但是我们坚信华小是不能以削弱母语来“巩固国语,提高英语”的,这是不符合教育原理原则的。如今,当局不断要华小增加国语课时,更要迫使华小向以国语为第一语言的国小看齐,也就是要改变华小以母语作为第一语言的地位。有需指出,华小丧失了母语为第一语言,就是全面变质的开始,局面将是极为严峻的。我们希望当局在教育问题上,贴合国情、俯顺民情,让华社以及一切爱护母语教育的人士都能安下心来。

我们有话直说,要求教育当局停止实施华小第一阶段的国语教学时间增至每周300分钟甚至更多的通令,同时,也应让华教得到公平的教育资源分配。

雪隆草根护华联合会会长

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

( 陈国光 )  

012 - 3356118                                                     

                                                                          【 注:正本为国文;副本为华文。】






MEMORANDUM

PANDANGAN DAN CADANGAN TERHADAP PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN MASA 300 MINIT UNTUK WAKTU BAHASA MALAYSIA DI SJKC

Dikemukakan oleh

Persatuan Pendidikan Dan Kebudayaan Tiong Hua
Kuala Lumpur & Selangor
PPM-003-14-09102015
22 Jan 2016
 

 (1) PENDAHULUAN

Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum, budaya, bahasa, aliran sekolah dan agama. Mengikut anggaran kerajaan, jumlah penduduk negara pada tahun 2014 adalah sebanyak 30.26 juta orang, iaitu 27.67 juta orang warganegara dan 2.64 juta orang bukan warganegara. Kaum Melayu mencakupi 55.1% (15.23 juta orang) daripada jumlah warganegara tersebut, manakala kaum Bumiputra lain 12.9% (3.57 juta orang), kaum Cina 23.8% (6.58 juta orang), kaum India 7.1% (1.97 juta orang), lain-lain 1% (0.26 juta orang).

Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah mempunyai pelbagai aliran sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama.

Ciri-ciri kepelbagaian masyarakat majmuk ini merupakan ciri-ciri istimewa, aset dan kelebihan negara kita dan memberi nikmat kepada negara dan rakyat semua kaum.

Akan tetapi, kerajaan tidak benar-benar memahami kelebihan ciri-ciri kepelbagaian tersebut, sebaliknya melaksanakan dasar sistem satu aliran sekolah untuk mencapai “objektif muktamad” (ultimate objective) yang dinyatakan dalam perkara 12 Penyata Razak 1956: “We believe further that the ultimate objective of the educational policy in this country must be to bring together the children of all races under a national educational system in which the national language is the main medium of instruction, though we recognise that progress towards this goal cannot be rushed and must be gradual.”

Sekiranya “objektif muktamad” dicapai pada akhirnya, negara ini hanya tinggal satu jenis aliran sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar. Maka sekolah-sekolah aliran lain seperti sekolah aliran Cina atau Tamil akan dipinggirkan dan berhadapan dengan krisis survival dan kehilangan ciri-cirinya.

 Selama ini, kerajaan mengagihkan kebanyakan sumber pendidikan untuk pembangunan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Masalah-masalah kekurangan peruntukan wang, guru, sekolah dan tanah rizab serta penghakisan kuasa lembaga pengurus sekolah yang dihadapi oleh sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah agama rakyat dan sekolah conforming masih tidak diselesaikan.

Selain itu, kerajaan masih tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina dan tidak menginstitusikan peruntukan wang secara sistematik kepada sekolah-sekolah menengah persendirian Cina setiap tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan telah meluluskan penubuhan banyak sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang beroriantasikan keuntungan tetapi tidak meluluskan penubuhan sekolah menengah persendirian Cina yang berasaskan non-profit, sebaliknya menghadkan bilangan sekolah menengah persendirian Cina kepada 60 buah sahaja.

 (2) SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH CINA

Pendidikan bahasa ibunda aliran sekolah Cina telah berakar dan membangun di negara kita selama hampir 200 tahun. Ia berperanan meneruskan kesinambungan kebudayaan masyarakat Cina dan membangunkan modal insan negara kita. Pembangunan pendidikan sekolah Cina membolehkan pembangunan kebudayaan masyarakat Cina dan media massa bahasa Cina.

Masyarakat Cina termasuk pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan sekolah turut meraikan pelbagai perayaan tradisional, memperkembangkan adat resam, seni, tamadun Konfusianisme, Buddhisme dan Taoisme, mengadakan pelbagai aktiviti budaya dan persembahan, malahan juga mencipta aktiviti budaya yang berciri tempatan seperti 24 Festive Drums, Penang Chengay Parade, Johor Bharu Old Temple Chingay Parade, Pesta Kebudayaan Cina Malaysia dan pameran beraneka jenis makanan.

Selama ini, masyarakat Cina bersungguh-sungguh memelihara dan membangunkan pendidikan sekolah Cina, berjuang untuk kedudukan sama rata, hak dan kepentingan yang manasabah dan adil. Ia juga membantah akta, dasar, laporan dan pelan pendidikan serta langkah pentadbiran pendidikan yang tidak kondusif kepada survival dan pembangunan pendidikan sekolah Cina.

Atas sokongan orang ramai, semangat berdikari dan berusaha sendiri, maka masyarakat Cina terus berusaha membangunkan satu sistem pendidikan sekolah Cina dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah hingga universiti. Ini menyumbang kepada kepelbagaian pendidikan dalam sistem pendidikan negara kita.

Usaha tersebut telah membuahkan hasil. Pada tahun 2014, negara kita mempunyai satu sistem pendidikan sekolah Cina yang formal dengan sejumlah 560 ribu orang murid di 1295 buah sekolah jenis kebangsaan Cina, 80 ribu orang pelajar di 60 buah sekolah menengah persendirian Cina dan 6 ribu orang pelajar di 3 buah institusi pengajian tinggi swasta.

Mengikut perangkaan kerajaan pada tahun 2013, sebanyak 96% murid-murid Cina belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Selain itu, terdapat 81011 orang murid bukan Cina belajar di SJKC, iaitu mencakupi 13.4% daripada jumlah 602578 orang murid SJKC pada tahun 2012.

Sekolah jenis kebangsaan Cina mengguna bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama dan bahasa pentadbiran sekolah, manakala bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris adalah mata pelajaran wajib. Selain itu, institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang berkenaan pula mengguna bahasa pengantar yang berlainan seperti bahasa kebangsaan, dwibahasa (bahasa Inggeris dan bahasa Cina) atau bahasa Cina mengikut keadaan pengajaran dan pembelajaran setiap kursus.

Hal-hal perguruan, kurikulum dan peperiksaan awam di SJKC dikendalikan oleh kerajaan dan kakitangan SJKC merupakan penjawat awam kerajaan. SJKC tidak mendapat layanan yang adil dan masalah-masalah kekurangan guru, sekolah, tanah rizab dan peruntukan wang yang dihadapinya selama ini masih tidak diselesaikan. Contohnya, walaupun bilangan murid SJKC mencakupi 21% daripada jumlah murid sekolah rendah, tetapi peruntukan pembangunan dalam beberapa Rancangan Malaysia terdekat yang diumumkan oleh kerajaan hanya setakat 2.4% hingga 3.6% daripada jumlah peruntukan pembangunan sekolah rendah. Ini menyebabkan SJKC terpaksa mendapatkan derma daripada masyarakat Cina untuk menyenggara dan membangunkan sekolah.

Kos operasi dan pembangunan serta penggajian kakitangan bagi kesemua 60 buah sekolah menengah persendirian Cina dan 3 buah institusi pengajian tinggi swasta yang berkenaan adalah dikendalikan oleh pihak lembaga pengurus masing-masing.

Selain itu, satu pergerakan untuk memulihkan sekolah menengah persendirian Cina telah dilancarkan pada tahun 1970-an. Pada tahun 1973, Dong Jiao Zong menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk membangunkan sekolah-sekolah menengah persendirian Cina, ini termasuk penerbitan buku teks, perjalanan peperiksaan, latihan perguruan, bimbingan pelajaran di peringkat tinggi, aktiviti pelajar, pinjaman dan biasiswa pelajaran, dan sebagainya.

Peperiksaan bagi Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina telah dijalankan mulai tahun 1975 dan peperiksaan tahun ini merupakan kali yang ke 41. Pada masa sekarang terdapat banyak universiti luar negara dan institusi pengajian tinggi swasta di negara kita telah menerima UEC sebagai satu kelayakan kemasukan. Ini termasuk 87 buah universiti yang terkenal daripada 200 buah universiti terbaik seluruh dunia juga mempunyai tamatan pelajar sekolah menengah persendirian Cina melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tersebut.

Sekolah conforming (Conforming School) merupakan sekolah yang pada asalnya adalah sekolah menengah Cina tetapi telah ditukar menjadi sekolah menengah Inggeris (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan) dan kemudiannya ditukar menjadi sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di mana bahasa Cina hanya merupakan satu mata pelajaran sahaja.

Kini terdapat 120 ribu orang murid di 78 buah sekolah conforming, hal-hal perguruan, kurikulum dan peperiksaan awam sekolah-sekolah tersebut dikendalikan oleh kerajaan dan kakitangannya merupakan penjawat awam kerajaan.

Sepanjang 50 tahun lebih ini, kerajaaan tidak menepati janji-janjinya kepada sekolah-sekolah conforming. Ini termasuk janji-janji kerajaan untuk memperuntukkan satu pertiga daripada masa persekolahan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina dan kesusasteraan Cina, menanggung semua perbelanjaan operasi dan pembangunan sekolah, menjamin kuasa lembaga pengelola sekolah, perlantikan guru termasuk pengetua dan guru penolong kanan hendaklah mendapat persetujuan pihak lembaga pengurus sekolah, manakala lembaga pengurus sekolah berhak menggaji pekerja sekolah yang dibiayai oleh kerajaan, hakmilik harta sekolah dikekalkan di pihak lembaga pengelola atau pemunya harta dan tidak akan diambil milik oleh kerajaan.

Kerajaan telah banyak kali memungkiri janji-janjinya kepada sekolah-sekolah conforming. Ini termasuk pemansuhan status perundangan “Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan” melalui Akta Pendidikan 1996, penghakisan kuasa lembaga pengelola sekolah serta ciri-ciri, hak dan kepentiang sekolah-sekolah conforming.

Sekolah-sekolah conforming dipinggirkan manakala masalah-masalah yang dihadapinya seperti kekurangan peruntukan wang dan guru, perlantikan pengetua dan guru penolong kanan yang tidak berkelayakan Bahasa Cina, jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina masih tidak diselesaikan.

Selain itu, pihak kerajaan juga melantik pengetua dan guru penolong kanan yang tidak berkelayakan Bahasa Cina ke sekolah-sekolah conforming dan ini tidak dipersetujui oleh pihak lembaga pengelola sekolah.

 (3) CABARAN DAN KRISIS YANG DIBAWA OLEH PELAN PENDIDIKAN KEPADA PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA

Pelan-pelan pendidikan yang dikemukakan oleh kementerian pendidikan meliputi beberapa perkara yang tidak kondusif kepada survival dan pembangunan pendidikan bahasa ibunda.

Dalam tahun 2001 hingga 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengemukakan tiga pelan pendidikan, iaitu Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dasar-dasar teras pelan-pelan pendidikan tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan “objektif muktamad” (ultimate objective) Penyata Razak 1956 bagi membina sebuah negara bangsa (nation state) dan merealisasikan “Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa, Satu Aliran Sekolah”.

Perenggan 1.04 di dalam Pembangunan Pendidikan 2001-2010 menyatakan bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan sentiasa mengutamakan isu perpaduan rakyat berbilang kaum dan hendaklah mengadakan perkara-perkara berikut:

 a. sistem pelajaran kebangsaan untuk semua;

 b. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam persekolahan;

 c. kurikulum kebangsaan yang mengutamakan budaya Melayu serta sukatan pelajaran yang sama untuk semua aliran sekolah yang diperakukan; dan

 d. sistem peperiksaan yang sama bagi semua aliran sekolah.

Pelan pendidikan itu juga menyatakan perkara-perkara tersebut merupakan perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956. Ia juga menyatakan dasar-dasar dalam Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 adalah bertujuan membina satu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menegaskan pembinaan sebuah negara bangsa (nation state) dan pemerkasaan kedudukan bahasa kebangsaan untuk memastikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pelan pendidikan ini juga menitikberatkan tamadun Islam, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di kalangan rakyat semua kaum. Ia juga menyentuh pelaksanaan program Sekolah Wawasan.

Sehubungan itu, perenggan 4.12 dan 4.16 pelan tersebut menyatakan pembinaan satu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Perenggan 4.26 pula menetapkan pembinaan satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah yang menggunakan satu bahasa perantaraan (Bahasa Kebangsaan), kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta satu jenis peperiksaan dan pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama, manakala pembelajaran bahasa kaum-kaum utama lain di peringkat sekolah rendah dan menengah hanyalah sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar.

Akibatnya, sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan bahasa ibunda seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil menghadapi masalah-masalah penghakisan ciri-cirinya dan krisis survival. Selain itu, bahasa ibunda kaum Cina, Tamil dan lain hanya menjadi satu mata pelajaran di prasekolah, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa Cina dan bahasa Tamil pula kehilangan kedudukannya sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Semasa mengumumkan kajian semula sistem pendidikan kebangsaan dan penggubalan pelan pembangunan pendidikan pada 16 Julai 2011, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan keperihatinannya terhadap sistem pendidikan kebangsaan dan ingin tahu sama ada dasar-dasar dan matlamat-matlamat Penyata Razak 1956 telah dilaksanakan dan direalisasikan.

Semasa melancarkan laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan semasa juga menegaskan bahawa pelan pendidikan tersebut mempertahankan dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan di dalam Akta Pendidikan 1996.

Ini menunjukkan pelan-pelan pendidikan tersebut melaksanakan dasar sistem satu aliran sekolah, khasnya dasar pendidikan kebangsaan yang dinyatakan di dalam mukadimah dan seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan bahawa pelan pendidikan ini digubal berasaskan kepada laporan dan dasar pendidikan sebelumnya (Bab 1 muka surat 4). Ia juga menyatakan dasar-dasar dalam Penyata Razak 1956 merupakan asas kepada penggubalan dasar-dasar pendidikan kebangsaan bagai mencapai “perpaduan rakyat” (Bab A muka surat 1).

Pihak berkuasa telah mengambil masa selama 35 tahun melalui Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 untuk merealisasikan “objektif muktamad” (ultimate objective) Penyata Razak 1956 secara beransur-ansur dengan menukarkan sekolah rendah dan menengah aliran Inggeris, sekolah mubaligh dan sekolah conforming (bekas sekolah menengah Cina) kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana bahasa kebangsaan diguna sebagai bahasa pengantar utama.

Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pula mengambil dan mempercepatkan langkah untuk mencapai “objektif muktamad” dalam masa 13 tahun di peringkat prasekolah, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) untuk merealisasikan sistem satu aliran sekolah. Apabila SJKC kehilangan ciri-cirinya, maka sekolah menengah persendirian Cina turut terjejas dan tidak dapat diteruskan lagi.

Memandangkan Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPPM ) 2013-2025 tidak kondusif kepada pembangunan dan survival Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah-sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) akan menyebabkan pendidikan bahasa ibunda menghadapi krisis survival. Tambahan pula, PPPM hanya menekankan pembangunan Sekolah-sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) supaya ia menjadi pilihan utama seluruh rakyat. Dasar ini telah melucutkan hak-hak yang dinikmati sekolah-sekolah aliran bukan Bahasa Malaysia. Oleh yang demikian, kami berpendapat bahawa Kerajaan harus mengkaji semula PPPM 2013-2025 supaya ianya selaras dengan keadaan negara kita dan praktikal untuk dilaksanakan.

 (4) PANDANGAN DAN CANDANGAN KAMI

Di bawah PPPM 2013-2025, Kementerian Pendidikan mula mengarah SJKC menambah waktu pengajaran dan pembelajaran (PDP) Bahasa Malaysia mulai sesi persekolahan tahun ini iaitu dari 270 minit kepada 300 minit atau lebih bagi Tahap Satu , dan dari 240 minit kepada 300 minit atau lebih bagi Tahap Kedua ,Perkara ini telah menjadi isu hangat dikalangan pelajar dan para ibubapa. Oleh yang demikian, kami berpendapat adalah perlu mengemukakan pandangan dan cadangan kami dengan segera.

Seperti yang kami semua ketahui, SJKC adalah institusi asas bagi pengajaran bahasa ibunda (Bahasa Cina) yang juga merupakan bahasa penghantar. Maka pembelajaran Bahasa Cina harus diberi keutamaan. Kami tidak ada bantahan terhadap dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris”, tetapi tidak boleh melemahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda untuk memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuh Bahasa Inggeris, kerana perlaksanaan sebegini tidak selaras dengan prinsip-prinsip pendidikan. Kini, kami dapati pihak yang berkenaan mula menambah waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SJKC agar dapat mencontohi Sekolah Kebangsaan (SK). Disamping itu, berkeinginan mengubah kedudukan bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Adalah perlu mengambil perhatian bahawa apabila SJKC kehilangan bahasa ibunda sebagai bahasa utama, maka ia mula metamorfisme dan keadaan akan menjadi sangat serius. Kami berharap dalam hal pendidikan,pihak berkenaan harus selaras dengan keadaan negara mengikut kehendak rakyat supaya menenangkan hati masyarakat Cina yang mencintakan pendidikan bahasa ibunda.

Dengan itu, kami berterus terang mengharapkan pihak berkenaan menghentikan dengan segera perlaksanaan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia ke 270 minit bagi Tahap Satu dan 240 minit bagi Tahap Dua. Pada masa yang sama, harus membolehkan pendidikan bahasa ibunda mendapat pengagihan sumber yang adil.

Chin Keh Kong

Pengerusi
Persatuan Pendidikan Dan Kebudayaan Tiong Hua
Kuala Lumpur Dan Selangor