2013年1月16日星期三

董总新闻稿--217癸巳年春节团拜及新春庙会



董总新闻稿


2013115 


217癸巳年春节团拜及新春庙会

董总期待首相纳吉出席

 

(加影15日讯)董总与相关华团将于217联办“癸巳年春节团拜及新春庙会”,主办当局已发出请柬广邀华教组织负责人、各华团及各友族同胞、朝野政党领袖与国州议员、各部门部长及首相等参与盛会。主办当局期待首相光临春节团拜会与华教人士交流互动,以体现国家领袖走入民间,与民欢庆佳节的亲民形象。
 

他是在今天于此间举行的新闻发布会对媒体这么说。出席者包括董总署理主席邹寿汉、财政林国才,常委苏祖池、张志开和庄俊隆等人。
 

叶主席透露,董总已经致函首相纳吉要求关注华教长期以来面对的悬而未决的问题,并吁请首相尽快协调解决其中三项最为迫切的课题: 

一、全面承认独中统考文凭

他感激首相通过“一个大马奖学金”颁发奖学金予名列前50名的统考优秀生,使他们得以继续深造;并开放国家高等教育基金局(PTPTN)贷学金让合格独中生申请;同时政府也允许统考文凭持有者申请就读师范学院。然而,这一些并不意味着对统考文凭的全面承认,只是局部性的措施而已。 

尽管如此,董总及华社期待政府全面承认统考文凭。毕竟,统考文凭已被欧美国家、中国、台湾、香港、新加坡等国家地区的大专院校承认;而全球200多所顶尖大学其中80多所接受独中统考文凭作为录取标准。再者,既然我国政府已承认中国大陆和台湾大学的学术资格,而中、台大学均接受统考文凭生就读,没有理由我国政府不承认本国独中统考文凭。 

二、设立华文独中

叶新田说,由于华文独中办学卓有成就,近10年来报读独中的华小毕业生持续增加,去年有7000学子挤不进独中,而今年超过万名华小毕业生对独中望门兴叹;这显示一些地区的独中学额严重不足,有增建新独中的需要。因此,董总建议以独中分校形式设立4所华文独中以满足当前的需求。这4所华文独中包括:

1.   在新山地区设立华文独中分校;
2.   在昔加末设立峇株巴辖华仁中学分校;
3.   在雪兰莪州八打灵再也地区设立华文独中分校;
4.   在雪兰莪州蒲种地区设立华文独中分校。
 

三、检讨《20132025年教育发展大蓝图初步报告》

至于《20132025年教育发展大蓝图初步报告》,叶新田说,董总坚持“1125反对教育大蓝图”的立场,而且要求首相俯顺民意重新检讨有关教育大蓝图初步报告,并实事求是实施“多元开放的教育政策”。 

此外,去年926日,董总向纳吉首相的代表首相署部长拿督斯里纳兹里提交了华教长期面对、迫切需要解决的八项问题,也希望首相开明地积极协调解决下列有关八项问题:

1.   华文小学师资严重短缺问题;
2.   不具华文资格教师仍派到华文小学的问题;
3.   全面承认华文独立中学统考文凭;
4.   华文小学董事注册申请遭刁难,严重耽搁处理及发出董事注册证,以及非法篡夺董事会权益等问题;
5.   改正关丹中华中学批文,以符合华文独立中学体制;
6.   批准昔加末等地区设立华文独立中学;
7.   华文小学发展拨款微薄问题;
8.   实施拨款和拨地兴建华文小学的正常机制。

 
 

Siaran Akhbar

15 Januari 2013 

Dong Zong Jemput Perdana Menteri

Meraihkan Tahun Baru Cina 2013 Bersama Rakyat

 

KAJANG 15 Jan. – Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan dijemput hadir untuk meraihkan perayaan Tahun Baru Cina 2013 bersama rakyat dalam satu majlis rumah terbuka yang akan dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) bersama dengan beberapa pertubuhan Cina pada 17 Febuari di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, Kajang, Selangor.
 

Pihak penganjur telah mengutus surat jemputan kepada pemimpin-pemimpin persatuan pendidikan Cina, persatuan masyarakat Cina, persatuan kaum lain, pemimpin-pemimpin parti politik dan menteri-menteri.
 

Pihak penganjur mengharapkan kehadiran YAB Perdana Menteri supaya dapat beramah mesra dengan para aktivis pendidikan Cina. Ini akan mencerminkan pemimpin-pemimpin negara turun padang bersama-sama dengan rakyat meraihkan perayaan tradisional masyarakat majmuk.
 

Dong Zong juga meminta YAB memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajar menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam soal pendidikan aliran bahasa Cina selama ini, termasuk:
 

1.     Pengiktirafan sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina
 

Dr. Yap merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha YAB Perdana Menteri menganugerahkan biasiswa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 50 orang pelajar terbaik dalam peperiksaan UEC, membuka peluang kepada pelajar UEC dalam permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan membenarkan pelajar UEC memohon latihan perguruan di institusi-institusi pendidikan guru. 

Walau bagaimanapun, perkara-perkara tersebut di atas tidak bererti kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.

 

Sungguhpun begitu, Dong Zong dan masyarakat Cina berharap kerajaaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina. Pada hakikatnya, universiti-universiti dari negara-negara dan kawasan-kawasan lain seperti di Eropah, Amerika Syarikat, tanah besar China, Taiwan, Hong Kong, Singapora dan sebagainya telah menerima UEC. Ini termasuk 82 buah universiti yang terkenal daripada 200 buah universiti terbaik di seluruh dunia. Memandangkan kerajaan telah mengiktiraf sijil kelayakan akademik dari universiti-universiti tanah besar China dan Taiwan yang juga menerima UEC sebagai salah satu kelayakan bagi permohonan kemasukan ke universiti, maka pihak kerajaan tidak harus mempunyai alasan untuk tidak mengiktiraf UEC di negara kita.
 

2.     Penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina

Pembangunan pendidikan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina selama ini telah membuahkan hasil yang semakin baik. Sehubungan itu, bilangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Persendirian Cina semakin bertambah sejak 10 tahun kebelakangan ini.
 

Oleh kerana Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina tidak mampu lagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, maka pada tahun lepas sahaja terdapat 7 ribu orang pelajar tidak mendapat tempat belajar di sekolah-sekolah tersebut. Ianya bertambah serius lagi dalam tahun ini kerana lebih daripada 10 ribu orang murid SJKC juga menghadapi masalah yang sama.
 

Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di beberapa tempat bagi menyelesaikan masalah kekurangan tempat belajar tersebut.
 

Sehubungan itu, Dong Zong mencadangkan empat buah Sekolah Menengah Persendirian Cina ditubuhkan mengikut modul sekolah cawangan bagi menampung keperluan pendidikan para pelajar berkenaan. Penubuhan keempat-empat buah Sekolah Menengah Persendirian Cina tersebut adalah seperti berikut:

a)     Penubuhan sekolah cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina di kawasan Johor Bahru.

b)     Penubuhan sekolah cawangan Chinese High School Batu Pahat di Segamat.

c)     Penubuhan sekolah cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina di kawasan Petaling Jaya, Selangor.

d)     Penubuhan sekolah cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina di kawasan Puchong, Selangor.
 

3.     Mengkaji semula Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

 

Dong Zong berpegang teguh kepada pendirian yang dicapai dalam Perhimpunan Aman 25 November tahun lepas dan membantah Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dong Zong juga meminta YAB Perdana Menteri mengkaji semula laporan tersebut supaya dapat melaksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran bahasa, tegas Dr Yap.
 

Selain itu, Dong Zong telah mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri melalui wakilnya iaitu YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 26 September tahun lepas. Dalam surat tersebut, Dong Zong mengemukakan lapan masalah yang dihadapi oleh pendidikan aliran bahasa Cina selama ini yang perlu diselesaikan segera. Lapan masalah tersebut ialah:
 

a)     Masalah kekurangan guru yang serius di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

b)     Masalah penempatan guru-guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina masih dihantar ke Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

c)     Ketidakpengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificat, UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.

d)     Masalah-masalah kesukaran dalam permohonan pendaftaran ahli-ahli lembaga pengelola sekolah, kelambatan yang serius dalam memproses permohonan pendaftaran dan pengeluaran sijil perakuan pendaftaran ahli-ahli lembaga pengelola Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, serta masalah merampas secara tidak sah di sisi undang-undang terhadap kuasa dan hak-hak lembaga pengelola Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

e)     Kesalahan dalam surat kelulusan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan dan ianya hendaklah diperbetulkan supaya memenuhi keperluan sistem Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.

f)      Meluluskan penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat dan kawasan-kawasan yang memerlukannya.

g)     Masalah peruntukan pembangunan yang terlalu sedikit kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

h)     Pelaksanaan mekanisme normal penubuhan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan penyediaan tanah rizab sekolah dan peruntukan yang diperlukan untuk pembinaan sekolah-sekolah tersebut.